Persekutuan Tanah Melayu
- Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) dan Barisan Sosialis meminta supaya idea pembentukan Malaysia dirundingkan terlebih dahulu bersama penduduk Tanah Melayu.
- UMNO bersetuju atas cadangan pembentukan Malaysia tanpa penyertaan Singapura
Singapura
- PAP di bawah pimpinan Lee Kuan Yew menyokong usaha pembentukan Malaysia kerana bimbang dengan pengaruh parti berhaluan kiri.
- Pada Disember 1961, Majlis Undangan Negeri Singapura meluluskan usul penggabungan ini
- Parti Barisan Sosialis tidak bersetuju dan berpendapat pembentukan Malaysia merupakan satu penjajahan bentuk baru
- Pada 1 September 1962, satu referendum dan pungutan suara berkaitan penggabungan Singapura diadakan.Lebih 70% rakyat Singapura bersetuju untuk meneruskan cadangan pembentukan Malaysia
Sarawak
- Cadangan pembentukan Malaysia ditolak pada peringkat awal kerana belum mempunyai keyakinan untuk membentuk pemerintahan sendiri.
- Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) di bawah pimpinan Ong Kee Hui adalah parti yang menolak cadangan penubuhan Malaysia
- Cadangan penubuhan Malaysia awalnya tidak disokong oleh Pari Negara Sarawak (PANAS) tetapi kemudiannya menyokong pembentukan Malaysia dibawah pimpinan Dato Bandar Abang Haji Mustapha
- Pada 1962, Parti PANAS, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), Barisan Rakyat Jati Sarawak (BERJASA), Sarawak Chinese Association (SCA) dan Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) bergabung untuk membentuk Parti Perikatan Sarawak dalam dan berusaha menyekat oengaruh SUPP daripada terus menentang penubuhan Malaysia
Sabah
- Cadangan pembentukan Malaysia ditolak pada peringkat awal kerana belum mempunyai keyakinan untuk membentuk pemerintahan sendiiri
- Pada September 1961, Penubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO), Penubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Pasok Momugun, Parti Bersatu dan Parti Demokratik telah bersatu membentuk Parti Perikatan Sabah dan menyokong pembentukan Malaysia.
- Parti Perikatan Sabah telah mengemukakan 20 syarat yang dikenali sebagai Perkara 20 dan diterima oleh Sarawak. Perkara 20 merupakan tuntutan Sabah dan Sarawak untuk dimasukkan dalam Perlembangaan Malaysia oleh Jawatankuasa Antara Kerajaan
Brunei
- Sultan Omar Ali Saifuddin, Sultan Brunei menyokong cadangan pembentukan Malaysia pada awalnya kerana dapat membantu Brunei mendapat kemerdekaan lebih awal dan terlindung daripada ancaman Filipina dan Indonesia
- Parti Rakyat Brunei di bawah pimpinan A.M.Azahari menentang keras pembentukan Malaysia kerana berhasrat menggabungkan Sabah, Sarawak dan Brunei dan mneubuhkan kerajaan Borneo Utara atau dikenali sebagai Negara Kesultanan Kalimatan Utara (NKKU) dengan Sultan Brunei sebagai ketua negara.
- Parti Rakyat Brunei menubuhkan pasukan tentera dikenali sebagai Tentera Nasional Kalimatan Utara (TNKU) untuk mewujudkan NKKU
- Sultan Brunei mengambil keputusan untuk tidak menyertai Malaysia disebabkan pergolakan politik Brunei dan faktor-faktor lain
- Brunei kekal sebagai tanah jajahan British dan mencapai kemerdekaan pada 1 Januari 1984
British
- British bersetuju dengan pembentukan Malaysia dan bersetuju memberikan kemerdekaan kepada negara terlibat
- Pembentukan Malaysia dapat mengekang pengaruh komunis
Indonesia
- Indonesia menentang pembentukan Malaysia kerana presiden Soekarno berhasrat menggabungkan Indonesia dan Tanah Melayu bagi menubuhkan Melayu Raya atau Indonesia Raya
- Konfrantasi ke atas Malaysia dilancarkan pada 1963 dengan slogan "Ganyang Malaysia"
- Indonesia memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia
- Tentera Indonesia menyusup masuk ke Johor, Sabah dan Sarawak dan melancarkan serangan gerila
- Persidangan Kemuncak di Manila pada 30 Julai hingga 5 Ogos 1963 bersetuju untuk menamatkan konfrantasi dengan mewujudkan pertubuhan kerjasama serantau yang dikenali sebagai MAPHILINDO, iaitu nama Singkatan bagi Malaysia, Filipina dan Indonesia
- Pemimpin Indonesia dan Filipina meminta suruhanjaya khas ditubuhkan di bawah seliaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi meninjau pandangan penduduk Sabah dan Sarawak terhadap gagasan Malaysia. Suruhanjaya tersebut dinamakan sebagai Suruhanjaya Cobbold.
- Indonesia dan Filipina enggan menerima keputusan Suruhanjaya Cobbold yang mendapati penduduk Sabah dan Sarawak bersetuju atas cadangan pembentukan Malaysia dan meneruskan dasar konfrontasi ke atas Malaysia
- Jeneral Soeharto mengambil alih pemerintahan Indonesia pada 30 September 1965 dan mengambil dasar berdamai dengan Malaysia
- Perjanjian damai ditandatangani oleh Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Mentari Malaysia dan Adam Malik, Menteri Luar Indonesia pada 11 Ogos 1966 dan menamatkan konfrontasi Malaysia secara rasmi
- Filipina menentang pembentukan Malaysia kerana mendakwa Sabah ialah sebahagian daripada wilayah Filipina
- Presiden Macapagal berpendapat bahawa Sabah dipajak kepada Syarikat Borneo Utara British (SBUB) oleh Sultan Sulu dan bukannya dijual
- Pajakan tersebut diisytiharkan tamat pada 1958 oleh waris Sultan Sulu yang terakhir,iaitu Sultan Esmail Kiram
- Hubungan Tanah Melayu dan Filipina menjadi keruh
- Filpina mengiktiraf penubuhan Malaysia pada tahun 1966
No comments:
Post a Comment