Sunday, 4 February 2018

PEMBENTUKAN MALAYSIA

Persekutuan Tanah Melayu mencapai kermerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pada waktu itu, Singapura masih belum mendapat kemerdekaan daripada British. Sabah dan Sarawak masih kekal sebagai Tanah Jajahan British, manakala Brunei di bawah perlindungan kerajaan British. Usaha penubuhan Malaysia mendapat pelbagai cabaran dan reaksi dari dalam negeri dan luar negara.




 FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN MALAYSIA

a) Ancaman komunis di Singapura
- Kerajaan persekutuan Tanah Melayu berasa bimbang dengan perkembangan pengaruh komunis di Singapura pada tahun 1961. Tunku Abdul Rahman bimbang Singapura akan dikuasai komunis dan keselamatan Tanah Melayu akan terancam. Beliau berpendapat bahawa pembentukan Malaysia akan dapat menyekat pengaruh komunis merebak di Singapura.

b) Keseimbangan kaum
- Kemasukan Sabah , Sarawak dan Brunei dalam Tanah Melayu akan meningkatkan peratusan kaum Bumiputera di Tanah Melayu. Jumlah penduduk dari Sabah , Sarawak dan Brunei akan mengimbangi peratusan majoriti kaum Melayu dan Bumiputera di Tanah Melayu walaupun Singapura bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu. Oleh itu, kedudukan orang Melayu tidak akan terancam.

c) Kemajuan ekonomi bersama
- Pembentukan Malaysia membolehkan Tanah Melayu, Singapura dan Brunei mendapat faedah ekonomi terutamanya dari sektor perdagangan, bahan mentah, pasaran dan pelaburan asing. Tanah Melayu merupakan negara yang kaya dengan sumber bahan mentah, Brunei merupakan pengeluar minyak dan gas asli dan Singapura menjadi pelabuhan yang penting di Asia Tenggara. Melalui pembentukan Malaysia akan dapat membantu ekonomi dan pembangunan infrastuktur Sabah dan Sarawak yang masih mundur.

d) Mencapai kemerdekaan
- Pembentukan Malaysia merupakan jalan pintas bagi Singapura, Sabah , Sarawak dan Brunei mencapai kemerdekaan. Penjajahan British di Asia Tenggara dapat ditamatkan. Tambahan pula, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyusulkan agar penjajahan di seluruh dunia ditamatkan. Pembentukan Malaysia membolehkan British berundur dari tanah jajahannya di Asia Tenggara secara terhormat dan British boelh mewujudkan hubungan persahabatan yang muhibah dengan negara jajahannya.

No comments:

Post a Comment

PENGISYTIHARAN MALAYSIA

                  Pengisytiharan Malaysia Upacara Pengisytiharan Malaysia diadakan dengan gilang-gemilang di Stadium Merdeka Kuala ...