Sunday, 4 February 2018

Proses-proses Pembentukan Malaysia

Pembentukan Malaysia melibatkan beberapa proses, iaitu peringkat Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia, Penubuhan Suruhanjaya Cobbold dan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK).




  JAWATANKUASA PERUNDINGAN PERPADUAN    MALAYSIA

  • Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel cawangan Tanah Melayu dan Borneo di Singapura telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia untuk memperkenalkan konsep Malaysia kepada penduduk Sabah,Sarawak dan Brunei.
  • Pada 23 Julai 1961, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Donald Stephen dan dianggotai oleh wakil-wakil Tanah Melayu,Singapura,Sabah,Sarawak dan Brunei.
  • Rundingan dan perbincangan diadakan sebanyak empat kali, iaitu 21 Ogos 1961 di Kota Kinabalu; 18 hingga 20 Disember 1961 di Kuching; 6 hingga 7 Januari 1962 di Kuala Lumpur dan 1 Februari 1962 di Singapura untuk memberikan penjelasan tentang gagasan Malaysia.
  • Brunei tidak menyertai rundingan pertama tetapi menghantar perwakilan pemerhati pada tiga rundingan yang berikutnya.
  • Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia bersetuju menggunakan Perlembangaan Tanah Melayu 1957 sebagai asas pembentukan Perlembangaan Persekutuan Malaysia.
  • Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia juga bersetuju atas perkara-perkara yang berikut:
a) Kewujudan sebuah kerajaan pusat yang kuat dan pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri.
b) Beberapa keistimewaan diperuntukkan kepada Sabah dan Sarawak seperti dalam bidang imigresen.
c) Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi dan Islam sebgai agama rasmi.


   PENUBUHAN SURUHANJAYA COBBOLD

  • Pada 17 Januari 1962, Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan untuk mendapatkan pandangan penduduk Sabah dan Sarawak terhadap idea gagasan Malaysia.
  • Suruhan ini dipengerusikan oleh Lord Cobbold dan dianggotai oleh wakil British, iaitu Sir Anthony Abell dan Sir David Watherson serta dua orang wakil Tanah Melayu, iaitu Mohd Ghazali Shafie dan Wong Pow Nee.
  • Suruhanjaya Cobbold memulakan tugaskan pada 19 Februari 1962 hingga 18 April 1962 dan menerima  2200 memorandum dan surat daripada pelbagai pihak.
  • Pada 21 Jun 1962, Laporan Suruhanjaya Cobbold diserahkan kepada kerajaan British dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.
  • Penyata Cobbold telah diterbitkan dan diumumkan pada 1 Ogos 1962.
  • Suruhanjaya Cobbold menyokong cadangan pembentukan Malaysia kerana hasil kajian mendapati bahawa sebanyak  80% penduduk Sabah dan Sarawak bersetuju menyertai Malaysia.
  • Suruhanjaya Cobbold menyesyorkan beberapa perkara seperti yang berikut
a) Perlembangaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dijadikan asas kepada Perlembangaan Persekutuan Malaysia.
b)Sabah dan Sarawak diberikan kuasa autonomi dan jaminan khas bagi beberapa perkara yang tidak boleh dipinda atau dibatalkan tanpa mendapat persetujuan daripada kerajaan negeri berkenaan.
c) Persekutuan yang bakal ditubuhkan dinamakan sebagai "Malaysia" dengan Sabah dan Sarawak mempunyai ketua negeri yang tersendiri.
d) Kuasa imigresen dan agama adalah di bawah kuasa Dewan Undangan Negeri masing-masing.
e) Peraturan kewangan diadakan untuk pembangunan ekonomi Sabah dan Sarawak.


    Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)


  • Pada Ogos 1962, Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) atau Lansdowne Committee ditubuhkan untuk merangka Perlembangaan Persekutuan yang baharu.
  • JAK diketuai oleh Lord Lansdowne dan dianggotai oleh Tun Abdul Razak, wakil-wakil kerajaan British serta wakil-wakil negeri Sarawak, Sabah dan Singapura.
  • Laporan Perlembangaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan Laporan Suruhanjaya Cobbold serta cadangan yang dibuat oleh Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia digunakan sebagai asas pembentukan Perlembangaan Malaysia.
  • Perkara 20 yang dituntut oleh Sabah dan dipersetujui oleh Sarawak juga dilihat semasa penggubalan Perlembangaan Malaysia.
  
    Tuntutan 20 Perkara Sabah dan Sarawak
  • Agama Islam diterima sebagai agama rasmi tetapi tidak ada agama rasmi di Sabah
  • Bahasa Inggeris menjadi bahasa rasmi di Sabah,bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
  • Kuasa imigresen di bawah kerajaan negeri
  • Sistem pendidikan yang ada di Sabah dikekalkan
  • Perwakilan dalam Parliman hendaklah mengambil kira keluasan negeri, di samping bilangan penduduk
  Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
  • Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan tetapi di Sabah dan Sarawak dikecualikan
  • Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Persekutuan, tetapi bahasa Inggeris terus digunakan sebagai bahasa rasmi di Sabah dan Sarawak sehingga Majlis Undangan dan majlis Negeri meminda perkara itu sepuluh tahun selepas hari Malaysia
  • Kuasa imigresen menjadi hak kerajaan Pusat tetapi kerajaan negeri Sabah dan Sarawak diberikan hak bersuara
  • Pendidikan di bawah kuasa kerajaan pusat, tetapi sistem pendidikan di Sabah dan Sarawak dikekalkan di bawah kuasa negeri sehingga kedua-dua negeri itu bersetuju mengubahnya
  • Bilangan kerusi yang diperuntukkan:
        - Sabah : 16 kerusi
        - Sarawak : 24 kerusi
        - Singapura : 15 kerusi

     Persetujuan Pembentukan Malaysia
  • Pada Jun 1963, Rundingan akhir pembentukan Malaysia diadakan di London. Perundingan tersebut berakhir pada 8 Julai 1963 dengan persetujuan dan perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia ditandatangani oleh wakil-wakil dari kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak.
  • Brunei yang pada mulanya turut serta dalam perundingan tersebut telah menarik diri pada saat-saat akhir perjanjian itu ditandatangani. Tarikh awal penubuhan Malaysia dicadangkan pada 31 Ogos 1963 tetapi ditunda kepada 16 September 1963 disebabkan oleh laporan Setiausaha Bangsa-bangsa Bersatu dapat disiapkan pada 14 September 1963.





No comments:

Post a Comment

PENGISYTIHARAN MALAYSIA

                  Pengisytiharan Malaysia Upacara Pengisytiharan Malaysia diadakan dengan gilang-gemilang di Stadium Merdeka Kuala ...