Monday, 5 February 2018

PENGISYTIHARAN MALAYSIA

                 Pengisytiharan Malaysia




Upacara Pengisytiharan Malaysia diadakan dengan gilang-gemilang di Stadium Merdeka Kuala Lumpur pada 16 September 1963. Pengisytiharan Malaysia dibuat oleh Tunku Abdul Rahman serta dihadiri oleh Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu, Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Singapura, Sabah dan Sarawak, anggota kabinet , diplomat asing di Kuala Lumpur dan jemputan khas. Upacara pengisytiharan Malaysia diadakan secara serentak di Singapura, Jesselton dan Kuching. Di Jesselton, pengisyiharan tersebut dibuat oleh Ketua Menteri Sabah, Donald Stephens di hadapan Datu Mustapha bin Datu Harun dan wakil kerajaan Persekutuan, Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein. Di Kuching, pengisyiharan dibuat oleh wakil kerajaan Persekutuan, iaitu Mohd Khir Johari dan dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri, Abang Haji Openg bin Abang Sapiee dan Ketua Menteri Sarawak, Stephen Kalong Ningkan.

Sunday, 4 February 2018

Proses-proses Pembentukan Malaysia

Pembentukan Malaysia melibatkan beberapa proses, iaitu peringkat Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia, Penubuhan Suruhanjaya Cobbold dan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK).




  JAWATANKUASA PERUNDINGAN PERPADUAN    MALAYSIA

  • Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel cawangan Tanah Melayu dan Borneo di Singapura telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia untuk memperkenalkan konsep Malaysia kepada penduduk Sabah,Sarawak dan Brunei.
  • Pada 23 Julai 1961, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Donald Stephen dan dianggotai oleh wakil-wakil Tanah Melayu,Singapura,Sabah,Sarawak dan Brunei.
  • Rundingan dan perbincangan diadakan sebanyak empat kali, iaitu 21 Ogos 1961 di Kota Kinabalu; 18 hingga 20 Disember 1961 di Kuching; 6 hingga 7 Januari 1962 di Kuala Lumpur dan 1 Februari 1962 di Singapura untuk memberikan penjelasan tentang gagasan Malaysia.
  • Brunei tidak menyertai rundingan pertama tetapi menghantar perwakilan pemerhati pada tiga rundingan yang berikutnya.
  • Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia bersetuju menggunakan Perlembangaan Tanah Melayu 1957 sebagai asas pembentukan Perlembangaan Persekutuan Malaysia.
  • Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia juga bersetuju atas perkara-perkara yang berikut:
a) Kewujudan sebuah kerajaan pusat yang kuat dan pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri.
b) Beberapa keistimewaan diperuntukkan kepada Sabah dan Sarawak seperti dalam bidang imigresen.
c) Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi dan Islam sebgai agama rasmi.


   PENUBUHAN SURUHANJAYA COBBOLD

  • Pada 17 Januari 1962, Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan untuk mendapatkan pandangan penduduk Sabah dan Sarawak terhadap idea gagasan Malaysia.
  • Suruhan ini dipengerusikan oleh Lord Cobbold dan dianggotai oleh wakil British, iaitu Sir Anthony Abell dan Sir David Watherson serta dua orang wakil Tanah Melayu, iaitu Mohd Ghazali Shafie dan Wong Pow Nee.
  • Suruhanjaya Cobbold memulakan tugaskan pada 19 Februari 1962 hingga 18 April 1962 dan menerima  2200 memorandum dan surat daripada pelbagai pihak.
  • Pada 21 Jun 1962, Laporan Suruhanjaya Cobbold diserahkan kepada kerajaan British dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.
  • Penyata Cobbold telah diterbitkan dan diumumkan pada 1 Ogos 1962.
  • Suruhanjaya Cobbold menyokong cadangan pembentukan Malaysia kerana hasil kajian mendapati bahawa sebanyak  80% penduduk Sabah dan Sarawak bersetuju menyertai Malaysia.
  • Suruhanjaya Cobbold menyesyorkan beberapa perkara seperti yang berikut
a) Perlembangaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dijadikan asas kepada Perlembangaan Persekutuan Malaysia.
b)Sabah dan Sarawak diberikan kuasa autonomi dan jaminan khas bagi beberapa perkara yang tidak boleh dipinda atau dibatalkan tanpa mendapat persetujuan daripada kerajaan negeri berkenaan.
c) Persekutuan yang bakal ditubuhkan dinamakan sebagai "Malaysia" dengan Sabah dan Sarawak mempunyai ketua negeri yang tersendiri.
d) Kuasa imigresen dan agama adalah di bawah kuasa Dewan Undangan Negeri masing-masing.
e) Peraturan kewangan diadakan untuk pembangunan ekonomi Sabah dan Sarawak.


    Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)


  • Pada Ogos 1962, Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) atau Lansdowne Committee ditubuhkan untuk merangka Perlembangaan Persekutuan yang baharu.
  • JAK diketuai oleh Lord Lansdowne dan dianggotai oleh Tun Abdul Razak, wakil-wakil kerajaan British serta wakil-wakil negeri Sarawak, Sabah dan Singapura.
  • Laporan Perlembangaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan Laporan Suruhanjaya Cobbold serta cadangan yang dibuat oleh Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia digunakan sebagai asas pembentukan Perlembangaan Malaysia.
  • Perkara 20 yang dituntut oleh Sabah dan dipersetujui oleh Sarawak juga dilihat semasa penggubalan Perlembangaan Malaysia.
  
    Tuntutan 20 Perkara Sabah dan Sarawak
  • Agama Islam diterima sebagai agama rasmi tetapi tidak ada agama rasmi di Sabah
  • Bahasa Inggeris menjadi bahasa rasmi di Sabah,bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
  • Kuasa imigresen di bawah kerajaan negeri
  • Sistem pendidikan yang ada di Sabah dikekalkan
  • Perwakilan dalam Parliman hendaklah mengambil kira keluasan negeri, di samping bilangan penduduk
  Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
  • Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan tetapi di Sabah dan Sarawak dikecualikan
  • Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Persekutuan, tetapi bahasa Inggeris terus digunakan sebagai bahasa rasmi di Sabah dan Sarawak sehingga Majlis Undangan dan majlis Negeri meminda perkara itu sepuluh tahun selepas hari Malaysia
  • Kuasa imigresen menjadi hak kerajaan Pusat tetapi kerajaan negeri Sabah dan Sarawak diberikan hak bersuara
  • Pendidikan di bawah kuasa kerajaan pusat, tetapi sistem pendidikan di Sabah dan Sarawak dikekalkan di bawah kuasa negeri sehingga kedua-dua negeri itu bersetuju mengubahnya
  • Bilangan kerusi yang diperuntukkan:
        - Sabah : 16 kerusi
        - Sarawak : 24 kerusi
        - Singapura : 15 kerusi

     Persetujuan Pembentukan Malaysia
  • Pada Jun 1963, Rundingan akhir pembentukan Malaysia diadakan di London. Perundingan tersebut berakhir pada 8 Julai 1963 dengan persetujuan dan perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia ditandatangani oleh wakil-wakil dari kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak.
  • Brunei yang pada mulanya turut serta dalam perundingan tersebut telah menarik diri pada saat-saat akhir perjanjian itu ditandatangani. Tarikh awal penubuhan Malaysia dicadangkan pada 31 Ogos 1963 tetapi ditunda kepada 16 September 1963 disebabkan oleh laporan Setiausaha Bangsa-bangsa Bersatu dapat disiapkan pada 14 September 1963.





Reaksi Wilayah Terlibat dan Negara Jiran

Pengumuman rancangan pembentukan Malaysia yang dibuat oleh Tunku Abdul Rahman mendapat pelbagai reaksi dari wilayah-wilayah yang terlibat dan negara-negara jiran.

     Persekutuan Tanah Melayu

  • Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) dan Barisan Sosialis meminta supaya idea pembentukan Malaysia dirundingkan terlebih dahulu bersama penduduk Tanah Melayu.
  • UMNO bersetuju atas cadangan pembentukan Malaysia tanpa penyertaan Singapura


     Singapura

  • PAP di bawah pimpinan Lee Kuan Yew menyokong usaha pembentukan Malaysia kerana bimbang dengan pengaruh parti berhaluan kiri.
  • Pada Disember 1961, Majlis Undangan Negeri Singapura meluluskan usul penggabungan ini
  • Parti Barisan Sosialis tidak bersetuju dan berpendapat pembentukan Malaysia merupakan satu penjajahan bentuk baru
  • Pada 1 September 1962, satu referendum dan pungutan suara berkaitan penggabungan Singapura diadakan.Lebih 70% rakyat Singapura bersetuju untuk meneruskan cadangan pembentukan Malaysia


    Sarawak

  • Cadangan pembentukan Malaysia ditolak pada peringkat awal kerana belum mempunyai keyakinan untuk membentuk pemerintahan sendiri.
  • Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) di bawah pimpinan Ong Kee Hui adalah parti yang menolak cadangan penubuhan Malaysia 
  • Cadangan penubuhan Malaysia awalnya tidak disokong oleh Pari Negara Sarawak (PANAS) tetapi kemudiannya menyokong pembentukan Malaysia dibawah pimpinan Dato Bandar Abang Haji Mustapha
  • Pada 1962, Parti PANAS, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), Barisan Rakyat Jati Sarawak (BERJASA), Sarawak Chinese Association (SCA) dan Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) bergabung untuk membentuk Parti Perikatan Sarawak dalam dan berusaha menyekat oengaruh SUPP daripada terus menentang penubuhan Malaysia


     Sabah

  • Cadangan pembentukan Malaysia ditolak pada peringkat awal kerana belum mempunyai keyakinan untuk membentuk pemerintahan sendiiri
  • Pada September 1961, Penubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO), Penubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Pasok Momugun, Parti Bersatu dan Parti Demokratik telah bersatu membentuk Parti Perikatan Sabah dan menyokong pembentukan Malaysia.
  • Parti Perikatan Sabah telah mengemukakan 20 syarat yang dikenali sebagai Perkara 20 dan diterima oleh Sarawak. Perkara 20 merupakan tuntutan Sabah dan Sarawak untuk dimasukkan dalam Perlembangaan Malaysia oleh Jawatankuasa Antara Kerajaan


       Brunei

  • Sultan Omar Ali Saifuddin, Sultan Brunei menyokong cadangan pembentukan Malaysia pada awalnya kerana dapat membantu Brunei mendapat kemerdekaan lebih awal dan terlindung daripada ancaman Filipina dan Indonesia
  • Parti Rakyat Brunei di bawah pimpinan A.M.Azahari menentang keras pembentukan Malaysia kerana berhasrat menggabungkan Sabah, Sarawak dan Brunei dan mneubuhkan kerajaan Borneo Utara atau dikenali sebagai Negara Kesultanan Kalimatan Utara (NKKU) dengan Sultan Brunei sebagai ketua negara.
  • Parti Rakyat Brunei menubuhkan pasukan tentera dikenali sebagai Tentera Nasional Kalimatan Utara (TNKU) untuk mewujudkan NKKU 
  • Sultan Brunei mengambil keputusan untuk tidak menyertai Malaysia disebabkan pergolakan politik Brunei dan faktor-faktor lain
  • Brunei kekal sebagai tanah jajahan British dan mencapai kemerdekaan pada 1 Januari 1984

      British

  • British bersetuju dengan pembentukan Malaysia dan bersetuju memberikan kemerdekaan kepada negara terlibat
  • Pembentukan Malaysia dapat mengekang pengaruh komunis

     Indonesia


  • Indonesia menentang pembentukan Malaysia kerana presiden Soekarno berhasrat menggabungkan Indonesia dan Tanah Melayu bagi menubuhkan Melayu Raya atau Indonesia Raya
  • Konfrantasi ke atas Malaysia dilancarkan pada 1963 dengan slogan "Ganyang Malaysia"
  • Indonesia memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia
  • Tentera Indonesia menyusup masuk ke Johor, Sabah dan Sarawak dan melancarkan serangan gerila
  • Persidangan Kemuncak di Manila pada 30 Julai hingga 5 Ogos 1963 bersetuju untuk menamatkan konfrantasi dengan mewujudkan pertubuhan kerjasama serantau yang dikenali sebagai MAPHILINDO, iaitu nama Singkatan bagi Malaysia, Filipina dan Indonesia
  • Pemimpin Indonesia dan Filipina meminta suruhanjaya khas ditubuhkan di bawah seliaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi meninjau pandangan penduduk Sabah dan Sarawak terhadap gagasan Malaysia. Suruhanjaya tersebut dinamakan sebagai Suruhanjaya Cobbold.
  • Indonesia dan Filipina enggan menerima keputusan Suruhanjaya Cobbold yang mendapati penduduk Sabah dan Sarawak bersetuju atas cadangan pembentukan Malaysia dan meneruskan dasar konfrontasi ke atas Malaysia
  • Jeneral Soeharto mengambil alih pemerintahan Indonesia pada 30 September 1965 dan mengambil dasar berdamai dengan Malaysia
  • Perjanjian damai ditandatangani oleh Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Mentari Malaysia dan Adam Malik, Menteri Luar Indonesia pada 11 Ogos 1966 dan menamatkan konfrontasi Malaysia secara rasmi

        Filipina  
  • Filipina menentang pembentukan Malaysia kerana mendakwa Sabah ialah sebahagian daripada wilayah Filipina
  • Presiden Macapagal berpendapat bahawa Sabah dipajak kepada Syarikat Borneo Utara British (SBUB) oleh Sultan Sulu dan bukannya dijual
  • Pajakan tersebut diisytiharkan tamat pada 1958 oleh waris Sultan Sulu yang terakhir,iaitu Sultan Esmail Kiram
  • Hubungan Tanah Melayu dan Filipina menjadi keruh
  • Filpina mengiktiraf penubuhan Malaysia pada tahun 1966


PEMBENTUKAN MALAYSIA

Persekutuan Tanah Melayu mencapai kermerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pada waktu itu, Singapura masih belum mendapat kemerdekaan daripada British. Sabah dan Sarawak masih kekal sebagai Tanah Jajahan British, manakala Brunei di bawah perlindungan kerajaan British. Usaha penubuhan Malaysia mendapat pelbagai cabaran dan reaksi dari dalam negeri dan luar negara.




 FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN MALAYSIA

a) Ancaman komunis di Singapura
- Kerajaan persekutuan Tanah Melayu berasa bimbang dengan perkembangan pengaruh komunis di Singapura pada tahun 1961. Tunku Abdul Rahman bimbang Singapura akan dikuasai komunis dan keselamatan Tanah Melayu akan terancam. Beliau berpendapat bahawa pembentukan Malaysia akan dapat menyekat pengaruh komunis merebak di Singapura.

b) Keseimbangan kaum
- Kemasukan Sabah , Sarawak dan Brunei dalam Tanah Melayu akan meningkatkan peratusan kaum Bumiputera di Tanah Melayu. Jumlah penduduk dari Sabah , Sarawak dan Brunei akan mengimbangi peratusan majoriti kaum Melayu dan Bumiputera di Tanah Melayu walaupun Singapura bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu. Oleh itu, kedudukan orang Melayu tidak akan terancam.

c) Kemajuan ekonomi bersama
- Pembentukan Malaysia membolehkan Tanah Melayu, Singapura dan Brunei mendapat faedah ekonomi terutamanya dari sektor perdagangan, bahan mentah, pasaran dan pelaburan asing. Tanah Melayu merupakan negara yang kaya dengan sumber bahan mentah, Brunei merupakan pengeluar minyak dan gas asli dan Singapura menjadi pelabuhan yang penting di Asia Tenggara. Melalui pembentukan Malaysia akan dapat membantu ekonomi dan pembangunan infrastuktur Sabah dan Sarawak yang masih mundur.

d) Mencapai kemerdekaan
- Pembentukan Malaysia merupakan jalan pintas bagi Singapura, Sabah , Sarawak dan Brunei mencapai kemerdekaan. Penjajahan British di Asia Tenggara dapat ditamatkan. Tambahan pula, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyusulkan agar penjajahan di seluruh dunia ditamatkan. Pembentukan Malaysia membolehkan British berundur dari tanah jajahannya di Asia Tenggara secara terhormat dan British boelh mewujudkan hubungan persahabatan yang muhibah dengan negara jajahannya.

PENGISYTIHARAN MALAYSIA

                  Pengisytiharan Malaysia Upacara Pengisytiharan Malaysia diadakan dengan gilang-gemilang di Stadium Merdeka Kuala ...